My blogger friends...

Friday, October 22, 2010

kepentingan Vitamin B-Complex

Salah satu fungsi B-Compleks yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

Vitamin B-compleks juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?

Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B compleks. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-compleks oleh ibu.

Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-compleks adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.

Pengambilan B-compleks akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa badan memerlukan lebih banyak air, dan memekatkan warna susu badan. Fungsi

B Compleks ialah;
- menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
- meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
- mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
- menggalakkan pertumbuhan
- penting untuk sistem saraf
- anti stress dan tekanan
- meningkatkan antibodi tubuh
- penting untuk sintesis dan aktiviti sel
- diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
- mencegah anemia
- memberikan tenaga
- penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
- amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga
- mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
- mengurangkan kolesterol
- meningkatkan selera makan


Sumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.

Di dalam B Compleks ada asid folik, B6 dan B12 menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular dengan membantu merendahkan paras hormosistein dalam darah. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam pemakanan boleh merendahkan risiko seseorang wanita melahirkan anak yang mempunyai kecacatan otak atau korda spina.

Kita perlukan Kesemua 8 Jenis Vitamin B;

1. Tiamin(Vitamin B1)
- menolong memelihara kesihatan badan
- membantu di dalam tumbesaran yang normal
- membantu badan dalam metabolisme karbohidrat
- diperlukan untuk bebaskan tenaga daripada karbohidrat

2. Riboflavin(Vitamin B2)
- memelihara kesihatan badan
-membantu badan menggunakan tenaga daripada makanan/memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat
- penting untuk kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan harian makanan tidak mencukupi

3. Niasin(Vitamin B3)
- memelihara badan yang sihat
- membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal
- menolong badan dalam penggunaan tenaga daripada makanan
- diperlukan untuk bebaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat

4. Piridoksin(Vitamin B6)
- membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
- menolong badan dalam metabolisme protein, lemak dan karbohidrat

5. Sianokobalamin(B12)
- membantu memeliharan kesihatan badan
- membantu dalam pembentukan sel darah merah
- diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

6. Asid folik
- membantu di dalam pembentukan sel darah merah
- membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan dos 400mikrogram diperlukan sehari
- perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel

7. Biotin
- membantu dalam pemeliharaan badan yang sihat
- membantu badan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat

*Asid folik, iaitu sejenis vitamin B yang penting, tidak dapat diserap dengan mudah namun Shaklee telah menghasilkan suatu selapur asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan. Teknologi berpaten ini adalah eksklusif bagi Shaklee.


Salam sayang,

Mama Fahri

No comments:

Post a Comment